Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Banang Jaya telah dibina di atas Lot PTD 18918 Tanjung Laboh, Mukim Simpang Kanan, 83000 Batu Pahat.

Projek pembinaan bermula pada 9hb Oktober 2002  dan telah siap pada 8hb Januari 2004. Majlis penyerahan bangunan telah disempurnakan pada hari Khamis, 9 Disember 2004.

Bangunan yang ada terdiri daripada 7 blok utama iaitu Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Pra Sekolah, Surau, Kantin, Dewan Serbaguna dan Rumah Guru.

En. Murat B. Arshad
Seramai  17 orang guru dan 3 orang staf mula bertugas di sekolah ini yang dipimpin oleh En. Murat Bin Arshad sebagai guru besar yang pertama. 
Sesi pendaftaran murid baru telah diadakan pada hari Isnin, 27 Disember 2004 dan sesi persekolahan bermula pada hari Isnin, 3 Januari 2005.

Seramai 114 orang murid telah mendaftar pada peringkat awal  yang terdiri daripada murid Tahun 1 seramai 23 orang, Tahun 2 seramai 25 orang, Tahun 3 seramai 24 orang, Tahun 4 seramai 27 orang dan Tahun 5 seramai 15 orang. Tahun 6 belum lagi diadakan pada peringkat awal.

Logo Sekolah
Dicipta oleh oleh En. Mohd Suhaime Bin Hasbullah GPK Kokurikulum yang pertama SK Banang Jaya.



Pena

Bermaksud penimbaan , pencarian dan penyebaran ilmu sebagai tunggak kejayaan dan kecemerlangan



Perisai                      

Melambangkan keteguhan, kekuatan dan perpaduan SK Banang Jaya sebagai sebuah institusi keilmuan



Tiga gegelang         

Lambang kesetiaan , kerjasama , perpaduan dan permaufakatan serta semangat kesukanan di antara para pelajar dan guru



Roda gandar              

Kepelbagaian bidang ilmu yang dituntut , dipelajari dan dikuasai khususnya ilmu sains dan teknologi



Buku        

Simbol sumber ilmu rohani dan jasmani yang ditimba di SK Banang Jaya



Bendera Sekolah 


Dicipta juga oleh oleh En. Mohd Suhaime Bin Hasbullah

Warna-warna di dalam bendera membawa maksud :


Merah

Melambangkan semangat dan keazaman yang membara untuk berusaha  kearah motto sekolah “Unggul dan Terbilang”



Biru

Lautan ilmu dan perpaduan yang menjadi asas matlamat


Kuning
Semangat jatidiri dan kecintaan kepada Negara

Putih
Kesucian hati, kemurnian pekerti dan kesetiaan
 
SENARAI GURU PERTAMA 2005


BIL
NAMA GURU
JAWATAN
OPSYEN
1.
EN. MURAT B ARSHAD
GURU BESAR
PEN. KESIHATAN
2.
EN. KHALIL B TUBI
GPK 1
PENGAJIAN MELAYU
3.
EN. SUHAIMI B HASBULLAH
GPK KOKU
SAINS
4.
PN. AZIZAH BT ASAAD
GPK HEM
PENGAJIAN MELAYU
5.
EN. AHMAD AFFANDI B SAIDI
GURU PENOLONG
PENGAJIAN MELAYU
6.
EN. MOHD AELHAM B JAMAIN
GURU PENOLONG
PENGAJIAN MELAYU
7.
PN. RUSIAH BT SULAIMAN
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
PENGAJIAN MELAYU
8.
EN. SAIFULIZAM B ZAINAL
GURU PENOLONG
PENGAJIAN MELAYU
9.
PN. VIJAYALATHA A/P SODURUM
GURU PENOLONG
BAHASA INGGERIS
10.
PN. WAN ELLYANI BT WAN MASHADEK
GURU PENOLONG
MAT / KH
11.
PN. NORAZAH BT BAGUS
GURU PENOLONG
PENGAJIAN MELAYU
12.
EN. ROHANI B MONSI @ MON
GURU PENOLONG
MUZIK
13.
CIK AIDAH HAZURAH BT A HAKIM
GURU PENOLONG
MUZIK
14.
CIK ROZITA BT HALID
GURU PENOLONG
SAINS / KT
15.
CIK NUREEN SYUINA BT OTHMAN
GURU PRA SEKOLAH
PRA
16.
EN. AZNAN B HAMZAH
GURU DATA
BAHASA INGGERIS
17.
EN. NOR ADZLI B. MOHD ALI
GURU AGAMA
PENDIDIKAN ISLAM