Ahad, 2 Mac 2014

MAKLUMBALAS DAN TINDAKAN ADUAN

Tiada setakat ini...

KERATAN AKHBAR

Harian Metro 1 Mac 2014 (Sabtu)

Isnin, 24 Februari 2014

MAKLUMAN




Makluman kepada para ibu bapa,



BORANG SELIDIK KEMUDAHAN INTERNET DI RUMAH DAN TAHAP PENGGUNAANNYA



Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.



Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak sekolah melalui Unit TMK akan menjalankan kaji selidik berkenaan tahap penguasaan murid-murid SK Banang Jaya berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)



Sehubungan dengan itu, sejajar dengan Anjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, dengan ini pihak sekolah memerlukan maklumat mengenai kemudahan internet di rumah dan juga tahap penguasaan murid menggunakan teknologi internet.



Justeru itu, pihak kami amat berharap agar pihak tuan/puan dapat membantu anak-anak tuan/puan untuk memenuhisi maklumat yang dinyatakan di dalam borang selidik yang dilampirkan dan seterusnya mengembalikannya semula ke sekolah melalui anak-anak tuan/puan kepada guru kelas anak-anak tuan/puan masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Borang soal selidik

Sabtu, 22 Februari 2014

KATA LALUAN FROG

http://jba0099.1bestarinet.net




Kata Laluan FROG VLE SK Banang Jaya

* Untuk guru/staf dan juga ibu bapa dan murid baharu, sila dapatkan Yes Id anda daripada sekolah lama anda dan mohon pentadbir Frog (Frog Admin) sekolah lama anda mengeluarkan nama daripada sekolah tersebut (transfer out). Setelah itu, sila beri Yes Id anda kepada pentadbir Frog (Frog Admin) SK Banang Jaya.


Anda juga boleh mendapatkan kata laluan melalui alamat web di bawah
http://www.skbanangjaya.somee.com